Monday 17 August 2009

HUKUM BACAAN SURAH YASIN MALAM JUMAAT SUNAT

BACAAN SURAH YASIN MALAM JUMAAT HUKUMNYA : SUNAT
PENDAHULUAN
Apakah hukum membaca surah Yasin pada malam Jumaat?. Persoalan ini timbul apabila ada dakwaan yang mengatakan bahawa bacaan Yasin pada malam Jumaat adalah dilarang/ tidak boleh. Senario tidak membaca Yasin malam Jumaat, tidak berdoa selepas solat, tidak bertahlil untuk si mati dan lain-lain lagi, anda dapat melihat trend ini apabila anda berkunjung ke negeri Perlis Indra Kayangan, di sana rata-rata masjid dan surau tidak membaca Yasin pada malam Jumaat, tidak berdoa selepas solat fardu berjamaah, tidak bertalil kematian dan lain-lain.
Sebenarnya para ulamak telah sepakat MEMBOLEHKAN membaca surah Yasin pada malam Jumaat, termasuklah untuk si mati. Fatwa ini telah wujud sejak sekian lama dulu kerana para alim ulmak melihat amalan ini adalah untuk kebaikan dan faedah umat lslam sejagat. Justeru itu saya menyeru umat Islam seluruhnya agar konsentrasi kepada amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sepertimana yang telah diamalkan oleh para ulamak silam. Allah yang mempunyai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, sudah tentu maha pengasih dan maha pemurah akan hamba-hambanya yang membuat amalan-amalan yang mahmudah demi untuk ketinggian agama Islam.
Realistiknya Nabi saw sendiri pernah menyuruh para sahabat baginda supaya berijtihad apabila sesuatu amalan dan hukum itu tiada dalam al-Quran dan hadis. Nabi saw pernah membenarkan Muaz bin Jabal, Abu Hurairah, Ibnu Abbas,Bilal bin Rabah dan lain-lain sahabat berijtihad dan Qias untuk menentukan sesuatu hukum dan amalan demi untuk kebaikan dan kesejahteraan ummah apabila sesuatu hukum itu tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis.
Golongan yang menolak bacaan surah Yasin pada malam Jumaat adalah golongan yang amat dangkal dan cetek sekali keilmuannya iaitu golongan yang tidak membaca sejarah dengan teliti. Walaupun mereka berhujah dengan mengatakan bahawa amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat, tidak dilakukan oleh nabi Muhammad saw, maka barangsiapa melakukan sesuatu amalan yang nabi tidak buat orang itu boleh dianggap melakukan perkara “ Bid’ah Dhalalah”( Bid’ah sesat ).
Ironisnya penentangan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat ini sudah lama tercetus di Malaysia iaitu sekitar tahun 1925, berlaku pertikaian antara 2 golongan iaitu kaum muda( golongan Wahabi ) dan kaum tua ( aliran pondok ) yang hampir-hampir berlaku pergaduhan. Tetapi persoalan ini menjadi reda apabila mendapat campur tangan mufti dan raja-raja melayu yang akhirnya membenarkan bacaan Yasin pada malam Jumaat diamalkan
Bacaan Surah Yasin Pada Malam Jumaat secara berjamaat adalah boleh/ sunat, dengan berpandukan kepada beberapa hujah-hujah dan kriteria berikut :-
Hujah 1 :
Sabda nabi saw yang bermaksud :” Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah ( al-Quran ) maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan dengan sepuluh seumpamanya (pahala). Aku tidak berkata Alif , Lam dan Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Mim satu huruf dan Lam satu huruf ”. Hadis sahih riwayat Tarmizi .
Hadis ini menunjukan bahawa membaca al-Quran adalah mendapat pahala. Justeru itu surah Yasin adalah sebahagian daripada al-Quran . Maka membaca surah Yasin pada malam Jumaat dan pada malam-malam seterusnya adalah boleh kerana ia dianggap sebahagian dari membaca al-Quran.
Hujah 2 :
Mereka ( golongan yang menolak bacaan Yasin malam Jumaat ) mengatakan bahawa “ suruhan membaca Yasin pada malam Jumaat dan bacaan Yasin ke atas si Mati adalah Hadis palsu”.
Tetapi Syeikh Daud al-Fattani dalam kitabnya yang berjudul Jamul Fawa’id wan Jawahir al-Qala’id muka surat 169 membenarkan bacaan Yasin malam Jumaat secara berjamaah.
“Baca Yasin olehmu akan orang-orang yang hampir mati di kalangan kamu” ( Hadis Sahih, riwayat Abu Daud dan Nasae’)
Hadis palsu atau hadis maudhu’ juga ada faedahnya kerana melalui hadis-hadis palsu ini kita dapat membuat pernilaian dan perbandingan dengan hadis-hadis sahih . Sebab itulah imam Bukhari menghafal 200,000 hadis palsu dan menghafal 600,000 hadis sahih. Kadang-kadang antara hadis palsu dan hadis sahih tidak jauh bezanya seperti :
“Membaca Yasin kepada orang yang akan mati, nescaya Allah akan memudahnya ( kematian ) ke atasnya .” ( Hadis palsu )

· Golongan Wahabi hanya menunjukkan kepada masyarakat hadis palsu sahaja.
· Hadis sahih, mereka ( golongan Wahabi ) menyembunyikannya.

Hujah 3 :
Membaca surah Yasin pada malam Jumaat secara beramai-ramai oleh jamaah mukmin, adalah hasil ijtihad para Ulamak silam, kerana amalan ini ( bacaan Yasin malam Jumaat secara beramai-ramai tiada hadis sahih). Apakah ijtihad para ulamak itu tidak boleh diterima.
Ulamak masyuhur seperti Syeikh Daud al-Fattani, Tok Kenali, Syeikh imam Arsyad, Tuan Guru Tok Soleha, Tuan Guru Hj. Ismail Pondok Kg Dangar, Kelantan,Tuan Guru Haji Lah pondok Lubok Tapah yang warak lagi alim dan lain-lain, mereka semuanya adalah mengamalkan tahlil, bacaan Yasin malam Jumaat, talkin dan lain-lain secara berjamaat atau beramai-ramai. Semua mereka adalah ulamak tersohor di Nusantara yang tiada tolak bandingnya dari sudut kepakaran ilmu mereka .
Para ulamak ini mengamalkan bacaan Yasin pada malam Jumaat setelah mereka membuat ijtihad, membolehkannya, dengan tujuan untuk menarik/menggalalakkan kaum muslimin ke masjid.
Syeikh Daud al-Fattani dalam kitabnya yang berjudul Jamul Fawa’id wan Jawahir al-Qala’id membenarkan bacaan Yasin malam Jumaat dan tahlih untuk si mati.
Hujah 4:
Boleh membaca surah Yasin pada malam Jumaat walaupun nabi saw tidak buat iaitu dengan berpandukan hujah solat terawih di bulan Ramadhan.
Sabda nabi saw yang bermaksud : “ Bahawa nabi saw telah bersembahyang terawih lalu para sahabat pun telah bersembahyang bersama nabi saw dengan sembahyang tersebut, kemudian baginda sembahyang pula pada malam kedua maka bertambah ramai para sahabat mengikuti baginda bersembahyang, malam ketiga sehinggalah malam ke empat,selepas itu baginda tidak lagi keluar bersembahyang terawih. Pada keesokan paginya baginda telah bersabda : aku telah melihat apa yang kamu perbuat (pada malam pertama, kedua, ketiga dan keempat ) tidaklah ada apa-apa yang mencegah aku keluar bersembahyang terawih bersama kamu melainkan aku khuatir/ takut solat sunat tersebut akan difardukan ke atas kamu, pada bulan Ramadhan.
( Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ).
Dengan hadis ini jelas kepada kita bahawa solat terawih hanya dibuat oleh nabi saw setakat 4 malam sahaja, tetapi golongan wahabi dan umat Islam di hari ini, termasuk di Malaysia dan juga di Masjidil Haram Mekah melakukan ibadat solat sunat terawih selama sebulan. Tidak kah amalan ini bid’ah kerana telah bertentangan dengan hadis nabi saw. Tetapi mereka ( golongan Wahabi) tidak pula melarang umat Islam melakukan solat sunat terawih selama sebulan di bulan Ramadhan.
Maka instrumennya jelas kepada kita bahawa bukan semua perkara yang nabi saw tidak buat itu, umat Islam tidak boleh buat, demi untuk kebaikan agar dapat menarik umat Islam ke masjid dan ke majlis-majlis ilmu, para ulamak sepakat/ ijtihad bahawa amalan-amalan mahmudah ini tidak salah walaupun tidak menpunyai nas yang kuat. Begitulah dengan bacaan Yasin pada malam Jumaat.
Hujah kami 5 :
Di sini kami ingin kemukakan beberapa pendapat/ Fatwa ulamak yang masyhur yang membenarkan surah Yasin dibaca pada malam Jumaat dan ke atas si mati.
i. Fatwa Syeikh Ali Jumaah, bekas Mufti Mesir, beliau mengharus membaca surah Yasin malam Jumaat, membaca al-Quran ke atas si mati dan tahlil secara berjamaah
ii. Ijma’ syeikh al-Usmani, membenarkan bacaan Yasin, tahlil,doa ke atas si mati (kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah- oleh Syeikh al-Usman).
iii. Ibnu Qudamah al-Maqdisi bersama-sama dengan ulamak lain yang sezaman dengannya membolehkan/ membenarkan bacaan al-Quran kepada si mati muslim, boleh membaca pada bila-bila masa termasuk malam Jumaat.
iv. Imam As-Syafi’e juga membenarkan bacaan al-Quran dan doa untuk si mati
( Rujukan kitab Fatwa Syeikh al-Jumaah ms 151)
Kesimpulan
Pada keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa membaca surah Yasin , doa dan tahlil beramai-ramai di rumah, surau atau masjid pada malam Jumaat yang sedang diamalkan oleh masyarakat Malaysia hari ini adalah dibenarkan oleh ramai para ulamak dan amalan ini sama sekali tidak bertentangan dengan syariat Islam kerana amalan ini telah mendapat fatwa dan restu dari kebanyakan ulamak Islam yang tersohor.
Justeru dakyah golongan yang menentang amalan bacaan Yasin, doa dan tahlil pada malam Jumaat tidak tepat . Hujah mereka menolak bacaan Yasin pada malam Jumaat kerana ketiadaan hadis nabi saw yang sahih sebaliknya golongan wahabi ini juga mengamalkan amalan-amalan yang tiada hadis yang sahih. Realistiknya penentangan mereka seperti ada percaturan jahat demi untuk memecah-belahkan keutuhan ukhwah umat Islam, melalui hal-hal juziyyah ini. Semoga segala hujah dan anologi yang kami utarakan ini dapat memberi jalan penyelesaian dan manfaat yang kompenensif dalam menentu polemik bacaan Yasin pada malam Jumaat kepada kita semua . BACAAN SURAH YASIN MALAM JUMAAT HUKUMNYA : SUNAT

Justeru dakyah golongan yang menentang amalan bacaan Yasin, doa dan tahlil pada malam Jumaat tidak tepat . Hujah mereka menolak bacaan Yasin pada malam Jumaat kerana ketiadaan hadis nabi saw yang sahih sebaliknya golongan wahabi ini juga mengamalkan amalan-amalan yang tiada hadis yang sahih. Realistiknya penentangan mereka seperti ada percaturan jahat demi untuk memecah-belahkan keutuhan ukhwah umat Islam, melalui hal-hal juziyyah ini. Semoga segala hujah dan anologi yang kami utarakan ini dapat memberi jalan penyelesaian dan manfaat yang kompenensif dalam menentu polemik bacaan Yasin pada malam Jumaat kepada kita semua .

12 comments:

  1. Kita bermazhab Syafie, jd sy org berilmu, sy nk dalil & buktikan Imam Syafie baca yasin mlm jumaat & bertahlil berdasarkan ijtihad Imam syafie sendiri bkn fatwa ulama lain spt yang kita lakukan sekarang ini.

    ReplyDelete
  2. islam ada banyak kah... bukan kah semua mazhab ikut nabi... kenapa kita xterus ikut nabi ... kalau nabi xbuat... para sahabat yg terdekat xbuat kenapa kita yg terlalu jauh ni buat... maaf sy xtau.. jadi klu ada dalil2... sahih... sila buktikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2nya kalo zaman nabi,sahabat baca yasin mlm jumaaat,nabi halang x

      Delete
  3. sebagai orang awam,,qt ambil yg menurut qt benar aja..dan menurut keyakinan hati nurani,,karena masalah ini bukan untuk diperdebatkan,,,

    ReplyDelete
  4. membaca quran pada jumat surah apa saja sangat baik, tetapi teramat lebih baik jika kita membaca surah yg diutamakan (berdasarkan hadis sahih).yg utama dulu baru tambah yang lain.

    ReplyDelete
  5. Hadis yg paling sahih & kuat adalah membaca surah al kahfi pg hari jumaat..tp xramai yg amal kan berbanding surah Yassin

    ReplyDelete
  6. "Nabi tak ajar" itu bukanlah dalil. Dalam fiqh, hanya dalil yg layak disaring untuk dicernakan menjadi hukum. Yang bukan dalil tak layak disaring apatah lagi nak terus dijadikan hukum.
    ~Nabi tak ajar bukukan Quran, kita bukukan Quran
    ~Nabi tak ajar talbiah yg baru tapi Ibnu Umar talbiahnya talbiah yg baru. Beliau cipta sendiri.
    ~Nabi tak ajar pakai baju melayu ke masjid. Kita pakai
    ~Nabi tak ajar buka University untuk faham ilmu ugama. Tapi kita buat.
    ~Nabi tak ajar karang kitab. Tapi kita karang.
    ~Nabi tak ajar buat parti, tapi kita buat.
    ~Nabi tak ajar buat persatuan/pertubuhan islam, tapi kita buat.
    Ini semua tidaklah salah kerana perkataan "Nabi tak ajar" itu bukanlah dalil apalagi jika hendak dikatakan hukum.Jauhilah kaum wahabi penjenayah dunia ilmu

    ReplyDelete
  7. Seorang academic/penulis barat berkata…
    “sangat mengherankan satu aliran yang meragukan, penuh dengan kebencian yang mendalam, ia itu fahaman Wahhabism and Salafism, yang menyebabkan huru hara, kacau bilau terhadap tradisi amalan Islam, pemusuhan yang abadi terhadap kaum Syiah, yang telah menelan belanja berbillion dollar dan berjuta korban yang tidak berdosa, justeru itu memecah belahkan persatuan ummah dengan perkara remeh, khilaf, hanya menentang bida’ah dan syirik.
    Ini menyebabkan kemunduran pemikiran yang progressive dan membiarkan kemunduran ekonomi dan social berterusan tanpa di bendung”

    A western academic/writer quotes ...
    "especially astounding is the very dubious and virulent form of Islam, that Wahhabism and Salafism represent, which is currently wrecking havoc on Islamic traditions, the endless existential hatred against the Shias, which have cost billions of dollars and millions of innocent lifes, and dividing the Muslim community in petty squabbles over trivial details, of heresy and polytheism.
    Thus curtailing progressive thinking and leaving the economic and social decline to proceed effectively unchecked."

    ReplyDelete
  8. ALLAH MENURUNKAN AL-QURAAN SEBAGAI PETUNJUK DAN HIKMAH (SPT AYAT 1-7 SURAH YASIN). BACAAN YASIN TIDAK SALAH KERANA IA SEBAHAGIAN DPD AL-QURAAN. ALLAH KERAPKALI MENYATAKAN BERFIKIRLAH KAMU WAHAI ORANG BERIMAN DAN MENGAGONGKAN AHLI ILMU(ULLUL ALBAB). PERSOALANNYA MENGAPAKAH CARA AMALAN ITU MENJADI STEREOTAIP> HANYA MEMBACA TIDAK DIBICARAKAN ISI KANDONGAN YASSIN,DAN MENGAPA MALAM JUMAAT YANG LAIN DI BACAKAN SURAH AL-KAHFI,SURAH AD-DHUKAN- SURAH AL-MULK. ini CADANGAN> UBAHLAH PEMIKIRAN KITA SPT ALLAH BERFIRMAN > FIKIRLAH BAGI ORG YANG MAHU MEMIKIRKAN: (Contoh: minggu pertama>Yassin:Mgu Kedua> Al-Kahfi:Mgu Ketiga> Al-Mulk: Mgu Keempat Ar-Rahman: Mgu Kelima> At-Taubah: Fenomena Org Melayu hanya celik Yassin akan celik juga kepada banyak surah-surah yang lain yang sama penting nya didalam Al-Quraan. Walaupun " Yassin itu dikatakan hati Quraan:

    ReplyDelete
  9. Pembetulan>mengapakah malam jumaat setiap minggu dikhususkan bacaan yassin> Mengapakah bacaan surah-surah penting didalam Al-Quraan di gilir-gilirkan. Contohnya selepas bacaan Yasin minggu pertama dan minggu berikutnya, dibacakan surah Al-kahfi dan ada hadis Nabi yang menuntut kita baca surah Al-kahfi pada malam jumaat> diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan Abi Said Al-Khudri, Syaidina Umar r.a.hadis riwayat (Ibnu Kathir),Dpd> Muaz ibnu Anas Al-Juhari(HR>Ahmad). Sabda Nabi di catitkan juga oleh (HR: Muslim,Abu Daud,An-Nasai,At-Tarmizi dpd Qatdah. Saya bukan wahabbi saya adalah pengamal ilmu Syariaat Ahli-Sunnah Wal-Jemaah ) Saya tidak taksub kepada ilmu membuta tuli. Tidak menyalahkan orang dahulu, mereka telah buat yang terbaik dan tidak salah juga untuk kita berubah kepada kebaikan yang Allah suka melihat orang beriman itu daripada gulungan Ahli Ulul-Albab> Malahan Allah berfirman> tidaklah sama darjatnya diantara orang yang ber ilmu dengan orang yang kurang berilmu ( maksudnya fikirlah dengan cara yang terbaik sehingga> MARTABAT AL_QURAAN -QALLAM ALLAH ITU BERADA DIATAS SEGALA DIATAS segala KITAB yang menjadi petunjuk manusia dan jin. Kalau saya salah saya sedia menerima teguran tuan/puan. kerana saya ini hamba yang tidak sempurna. Allah sahaja YANG SEMPURNA dan MAHA BIJAKSANA. Amin.

    ReplyDelete